jernihkan kembali cinta yang pudar

"abang..tlg bg sue satu aje peluang utk merebut cinta abg". bisik nur suhada pada suaminya yang sudah di nikahi selama  setahun yang lalu kerana desakan dan aturan keluarga.

walaupun perkahwinanya bukan bermula dari perasaan cinta, dia berjaya memupuk perasaan itu kedalam dirinya.bagi suhada, suaminya adalah segalanya.suaminya racun juga penawar dalam hidupnya. biarpun dia tahu, tiada sekelumit perasaan cinta di dalam diri suaminya.dia yakin akan mendapatkan cinta suaminya. walaupun dia menyedari bahawa hati suaminya sudah dimiliki oleh gadis lain.

"aku harus kuat, aku harus dapatkan cinta suami aku". kata nur suhada penuh dengan semangat.

aidan ashman hanya diam kaku tanpa sebarang kata. memikirkan kewajaran tindakannya untuk menduakan isterinya. baginya, dia sudah nekad untuk mendapatkan haknya untuk dia memiliki cinta yang dia dambakan. cinta seorang gadis yang bernama fatin afiya. seorang yang sentiasa membuatkan jantungnya berdenyut hebat. sentiasa membuatkan diri hidup di dalam mmpi. dia sedar, dia akan melukakan hati isterinya, suhada. tetapi apakan daya,dia juga mempunyai hak untuk mendapatkan cinta di dalam dirinya. tetapi pada waktu yang sama dia juga perlu bertanggungjawab ke atas perkahwinan mereka.

"abang, sue minta abang bagi peluang pada sue untuk sue buktikan yang sue mampu memiliki cinta abang. kita pergi bercuti yer bang,hanya kita berdua". pinta nurul suhada pada aidan ashman.

"bercuti? kita berdua? soal aidan ashman penuh tanda tanya.

"ye, kita berdua bang. sue nak buktikan yang sue mampu menjadi isteri abang yang terbaek, selepas percutian kita, abang fikirla samaada nak duakan sue,sue akan relakan". balas suhada sambil memberikan senyuman yang paling manis buat suaminya.

"ok". balas aidan dengan tanpa perasaan.

nur suhada mengemaskan pakaianya dan juga pakaian suaminya. dia yakin sepanjang percutiannya bersama suaminya,dia akan dapat merebut peluang untuk dicintai, mendapatkan cinta suaminya. tetapi tiba-tiba hatinya menjadi sayu apabila menyedari dia akan kehilangan suaminya jika dia tidak mampu menarik cinta suaminya. ketika itu, dia hanya mampu berserah pada takdir Allah.


.....................................................................................................................................................................


"fatin nak abang lepaskan isteri abang sebelum kita berkahwin". tegas kata-kata fatin afia kepada aidan ashman.

"fatin, sudah setahun abang hidup bersama suhada,abang takkan lepaskan dia. dia adalah tanggungjawab abang. abang x nak hancurkan hati keluarga abang,hati suhada. dia isteri yang baik,cuma abang tiada perasaan cinta kepadanya. fatin yang abang cinta, sayang". balas aidan ashman dengan lembut sambil mengelus pipi fatin afia yang lembut itu.

"tapi abang tak cintakan dia, abang cakap abang cintakan fatin. abang patut lepaskan isteri abang. fatin tak mahu berkongsi kasih sayang abang dengan wanita lain". kata fatia afia dengan nada merajuk.

"fatin sayang, cinta abang, sayang abang hanya untuk fatin. abang takkan lepaskan suhada kerana dia tanggungjawab abang. percayala fatin, tiada sekelumit perasaan cinta abang pada suhada. rase tanggungjawab abang yang membuatkan abang berat untuk melepaskan dia. abang harap fatin faham keadaan abang". kata aidan ashaman kepada fatin afia dalam keadaan memujuk.

lamunan aidan ashman terhenti apabila di tegur oleh nurul suhada yang ingin memberitahu lokasi percutian mereka nanti mereka akan bercuti ke pulau pangkor. masih tergiang-giang lagi kata-kata fatin afia padanya yang mahu dia melepaskan nur suhada. aidan meraut mukanya beberapa kali,buntu memikirkan permintaan buah hatinya yang satu itu. dalam waktu itu juga dia merasa bersalah kepada nur suhada,tidak pernah sekalipun nurul suhada meninggi suara atau memarahinya apabila mengetahui dia telah diduakan.suhada hanya meminta supaya diberikan peluang untuk dia mendapatkan cintanya.

...................................................................................................................................................................

percutian antara nur suhada dan aidan ashman bejalan dengan lancar sekali. hubungan mereka juga semakin akrab seperti pasangan suami isteri yang lain. telatah nur suhada yang manja dan prihatan dengan kewajipannya sebagai isteri membuka mata aidan ashman bahawa wanita itu tiada tolok tandingnya dengan wanita lain. segala pakai minum dijaga oleh isterinya nur suhada. dia merasa bangga mempunyai isteri seperti nur suhada yang menyayanginya walaupun dia tidak memberi peluang untuk merasai perasaan menjadi seorang isteri. dye tidak diberi belaian mesra seorang suami, dakapan dan kucupan mesra yang diinginkan oleh seorang isteri. tidak pernah sekalipun isterinya itu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadapnya.

kini, tiba hari terakhir aidan ashaman dan nur suhada bermadu kasih di pulau yang akan meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidup mereka berdua. segala kenangan di pulau ini akan sentiasa terpahat di hati nur suhada. nur suhada merasa sedih kerana selepas balik dari percutian ini, dia akan berkongsi kasih suaminya dengan wanita lain. dia tidak dpat merebut cinta suaminya walaupun suaminya melayannya dengan baik sekali.

aidan ashman asyik sekali merenung isterinya mengemas pakaian di tepi almari resort yang akan dibawa pulang. sedang asyink melihat, akhirnya nur suhada bangun dan mendekati suaminya aidan ashman lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam. huluran itu di sambut aidan ashaman dengan perasaan terkejut dan tertanya-tanya.

2 comments:

Unknown said...

salam kenal :) and follow :)

jaja said...

camat berkenalan~ :)