golongan manusia

1) ORANG YANG BERIMAN
Orang yg mempercayai dgn penuh keyakinan bahawa apa2 yg dibawa oleh Rasulullah SAW adalah benar datangnya daripada Allah SWT. Segala pengetahuan yg diperolehinya digunakan utk mnguatkan iman yg ada di dalam kalbunya. Orang lelaki yg beriman disebut dgn MUKMIN sedang org perempuan yg beriman disebut MUKMINAH.

2) ORANG ISLAM
Orang Islam adalah orang yang TUNDUK dan PATUH segala sesuatu yg dibawa Rasulullah SAW. Ia mengerjakan segala yg diperintah dan meninggalkan segala yg dilarang oleh Islam. Orang lelaki Islam disebut MUSLIMIN dan orang perempuan Islam disebut MUSLIMAH. Antara iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana kedua2nya mempunyai hubungan yg sangat rapat.

3) ORANG KAFIR
Orang kafir iaitu orang yang MENGINGKARI KEBENARAN agama Islam, tidak mengetahui keESAan Allah SWT dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Orang kafir ini boleh memeluk Islam jika ia yakin akan keESAan Allah SWT dan kebenaran Rasulullah SAW dibuktikan dengan mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH.

4) OARANG MURTAD
Oaring murtad iaitu orang yg telah KELUAR daripada agama Islam baik secara langsung ataupun tidak langsung. Sama ada ia menganut agama lain atau kembali kepada agama asalnya setelah ia memeluk agama Islam, ataupun ia tidak menganut mana2 agama. Orang yang murtad ini segala amalannya akan gugur dan akan dimasukkan kedalam API NERAKA oleh Allah SWT.

5) ORANG MUNAFIK
Orang munafik iaitu orang yang menurut zahirnya beragama Islam tetapi hatinya tidak beriman. Atau boleh juga dikatakan munafik iaitu orang yang BERPURA-PURA beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yg diucapkannya.

6) ORANG SYIRIK
Orang syirik iaitu orang MENYEKUTUKAN ALLAH atau menganggap sesuatu itu sama dengan Allah. Mereka mempercayai selain daripada Allah, seperti menyembah berhala, pohon2 besar, bahkan menyembah nenek moyang mereka. Orang syirik ini disebut MUSYRIK.

7) ORANG FASIK
Orang fasik iaitu orang yang keluar daripada jalan kebenaran dan TIDAK MEMPEDULIKAN segala perintah Allah SWT. Mereka menyelesaikan masalah bukan mengikut lunas2 Islam tetapi hanya mengikut hawa nafsu.

8) ORANG ZALIM
Orang yang zalim itu ialah orang yang BERHATI KEJAM. Dalam hati mereka tidak memiliki rasa takut kepada Allah dan mereka tidak beriman serta tergolong orang2 yang kafir. Allah SWT sangat benci terhadap orang2 yang zalim.


p/s: semoga kita tergolong dalam golongan org yg beriman,,,,,

No comments: